Thursday, March 15, 2007

jemput...jemput...


Wednesday, January 10, 2007

Selamat Tahun Baru 2007. Semoga dengan permulaan tahun yang baru ini (plus permulaan hidup baru) akan diberkati dan menjadi titik permulaan dan penentu haluan untuk masa-masa yang akan datang.




view my wedding pics here.

Monday, November 06, 2006

lamanya tak update

Rasanya semua orang dah pencen daripada cuti beraya. Paling lama pun mesti extend sampai satu minggu. Aku pun hari tu extend berapa hari jer. Tu pun sebab nak lari daripada jam masa on the way nak balik ke kampung & balik ke KL.

Ye la...baik ambik cuti awal² dan drive dengan relaxnya (purata lebih kurang 7 jam perjalanan) daripada nak save cuti, tapi terpaksa merempuh (up to) 18 jam perjalanan. Memang seksa aku dengar cerita daripada budak² yang balik lambat.

Malas nak cerita pasal raya la sebenarnya. Mesti cerita yang sama jer setiap tahun.

Satu perkara unik yang menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama. Kalau sesetengah orang bila tengok gambar ni, mesti ada terfikir, "Tu la undi pembangkang lagi, kan dah nak kena buat/edit macam² untuk letak iklan billboard kat negeri korang".

Itu impression segelintir besar manusia.

Tapi cuba kita tengok on the other way around. Kalau kita punya market demand tu tinggi, orang akan buat apa saja untuk mendapatkan sedikit market share daripada kita. Kalau tak, takkan la syarikat² ni sanggup nak menghabiskan extra budget (untuk iklan) semata-mata untuk dipaparkan di negeri Cik Siti Wan Kembang ni.

Diorang dah buat analisis sendiri (cost and benefit analysis)...jadi lepas buat perkiraan, syarikat² ni sebulat suara bersetuju bahawa kesan positif (dari segi berjaya mendapatkan target market seperti yang diorang mahukan) adalah melebihi daripada kos tambahan yang perlu diorang incur untuk buat customised iklan ni.

Ini dari sudut ekonomi / bisnes.

Fikir-fikirkanlah...


p/s: Lupa la pulak nak ambik gambar Maya Karin pakai tudung litup dekat billboard Celcom. Demm.

Monday, October 09, 2006

Annual Break Fast event

Tahun ni...macam tahun² lepas, geng² budak U aku buat majlis buka puasa beramai-ramai. ni tahun ketiga diorang buat (masa 1st year tu aku tak pergi, ada hal). Kali ni kitorang buat makan² ni kat JW Marriot.

Meja telah direzeb oleh AJK Pemakanan yang dilantik tahun ni iaitu Encik Hisham Kubing. Ok la jugak, sebab tempat makan tu dekat pool side, so open air la. xde la kena control sangat utk makan even tempat tu tempat 5 Star.

Malas nak tulis banyak² sangat pasal benda ni. Macam biasa la...bila geng dah berjumpa balik ramai² tu. mesti la huha huha sampai tak ingat masa.

Buka puasa pukul 7++, lepak makan kat sana sampai pukul 10. Jumlah yang datang = 24 orang; ni pun sebab 3 orang cancel last minute & ada beberapa yang back-up tolong cover datang (jemputan last minute gak). So, terpaksa la kitorang bayar extra RM 7 per kepala - sebab kena cover bil untuk orang yang tak datang tu.

Ada ke patut masa nak booking tu kena bayar full amount. So dah terus kena bayar untuk 27 orang. Itu pasal la bila ada 3 orang cancel last minute, diorang tak nak kasi refund. Memang tak patut betul, sepatutnya ambik la deposit paling kurang pun 30%. Nasib baik aku makan bersamaan jumlah yang dibayar...

Next year punya event....dijangka lebih ramai spouse yang akan memeriahkan suasana. Hehe, so boleh aa kasi diorng buat geng sesama diorang, sementara kitorang berborak ngan budak² lain. Hah Hah Hah !! (gelak jahat)


List of pemakan-pemakan yang berjaya:
Aku & Baby, Sham, Faizal, Ferry, Rrai, Bad, Fahla, Aizah, Napie, Mohsen, Joe Pendek, Palan, Arie, Arippo, Rizal & Sha, Agus & Anis, Wak & Awek, Mazli & Awek, Lalok

Tuesday, October 03, 2006

Diari Seorang Lelaki (di bulan Ramadhan)

04.35am: Alarm berbunyi. Tekan snooze buat kali pertama.

04.44am: Tekan snooze buat kali kedua

04.53am: Kesekian kalinya menekan butang snooze

05.02am: Tekan lagi....kali ni, mata dah celik dah

05.11am: Alarm berbunyi lagi...bergolek-golek sambil menggeliat

05.20am: Cuci muka dan turun pergi dapur. Makan & minum apa yang patut untuk bersahur. Jangan lupa makan kurma, kasi ada energy sikit.

06.00am: Tercongok depan tv sambil tengok The Simpsons

06.30am: Mencari pahala

07.30am: Mandi dan bersiap nak pergi kerja

08.30am: Lepas mengadap tv kejap...pergi ofis

04.50pm: Balik dari ofis. Singgah kat pasar Ramadhan mencari apa² yang patut.

07.10pm: Berbuka puasa & tengok tv

08.00pm: Mandi & mencari pahala

09.15pm: Tengok tv

11:00pm: Zzzzzz.........


---------------------------------------------------------------------------
Hahaha...tiap2 hari aku bangun kul 5 pastu dah tak sambung tido balik dah....

Boleh buat second version kat Pretty Ugly nih, untuk lagu Diari Seorang Lelaki.

Aku tak tau nak tulis apa sebenarnya. Terima kasih kerana membaaca. Huah huah huah !!!

Tuesday, September 19, 2006

Jeng...jeng...jeng...

It's official !!

Aku dah bagitau berita ni dekat kawan-kawan sekolah, universiti, dan ofis. Jadi secara teknikalnya, aku dah bagitau kat semua puak aa (so now waiting for words of mouth by them). Bukannya aku tak nak bagitau kat semua orang terus, tapi sebab benda ni (event yang kat belah aku) belum finalise lagi...jadi tak perlu lagi la nak hebah-hebahkan.

Aku akan buat pengumuman rasmi bila semuanya dah ok.

Apa yang aku tengah merepek nih? Hmmm....tak tau lagi ek? Tengok jer la kat aku punya fotopages, tak perlu nak cerita panjang-panjang.


p/s: gambar ni sebenarnya takde kena-mengena langsung....huah huah huah...

Tuesday, August 22, 2006

MAS sux

Tambang untuk penerbangan domestik MAS sudah naik. Rasanya dalam 10% to 25% increase kot. Banyak la alasan yang diorang kasi untuk justify kenaikan harga tu. Part of cost cutting exercise katanya.


Hmmph....kalau tambang naik, kualiti servis naik takpe la jugak. Takde la rasa tension sangat nak keluarkan duit poket lebih untuk naik penerbangan yang kononnya menang banyak award tuh.

Minggu lepas, aku ada meeting dekat Penang...so balik hari jer la. Flight dari KL pukul 9.10am. Lepas dah habis meeting tu, berkejarlah pergi ke airport...kononnya nak kejar & tukar kepada tiket yang lagi awal. Tiket kitorang patutnya pukul 5.10pm, tapi kalau ada yang lagi awal ok la jugak. Boleh sampai rumah awal sikit kan.

On-screen display: Flight delay to 6.00pm. Aisyehman, apa hal delay pulak nih? Ok la, sejam jer kan...so takde la kisah sangat.

Lepas tu tiba² ada announcement, "Flight akan delay ke pukul 7.00pm". Ahh, sial !! Tunggu lagi...

Then ada announcement lagi, "Flight delay ke pukul 8.20pm". Kepala ayah belah nenek tiri kepada Pak Lang dia !!. Ada ke dia bagi alasan sebab cuaca buruk kat Penang. So, flight tak boleh nak mendarat kat airport. Padahal aku tengok flight² lain yang dari KL ok jer landing kat situ...takde masalah pun.

Lepas tu announcement terakhir, "Flight will arrive at 9.10pm". Memang menyirap betul la. Dah la sirap tu manis, tak baik untuk kesihatan. Hampeh betul. At last, flight tu berlepas pukul 9.40pm....selepas kitorang mentorturekan diri dok buat bodoh kat dalam airport tuh.

Cuba teka apa diorang buat sebagai ganti rugi?

Meal voucher untuk dinner. Tu pun limited kepada mee goreng / kuey tiow + air mineral (kalau ikut harga kat kedai tu, harga dia RM 13 sekepala. Tapi kalau nak ikutkan kos, aku rasa tak sampai RM5 sorang kot).

Budus !!